Followers

Monday 6 June 2011

p&p berbantukan komputer

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
1.0 PENGENALAN
Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan
dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa
implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Konsep-konsep
pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan teknologi semakin
mendapat perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepas
tahun 1993 apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasama
memperkenalkan satu perisian yang dinamakan ComIL.
Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan
pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. Siti
Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer atau
PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan
bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan
multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar
sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan
komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.
Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang bercirikan pendidikan yang mempunyai
unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan
gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta
menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti
dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia haruslah dapat
memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan
produktif.
2.0 PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER
PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri
perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian
PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari
fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang
dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian
yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi
maklum-balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya
objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.
Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik- baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan